Friday, November 30, 2007

RECIPE- LEMPENG PISANG ( Resipi dari my own mum)

Bahan-bahan:
2 sisir pisang berangan masak(lecekkan pisang)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja), 1/2 sudu teh garam & daun pisang secukupnya)- ni semua digaul rata.

Cara-caranya:
Masukkan tepung & gula ke dlm pisang yg telah dilecek & gaul rata.
Kaut 1 senduk adunan pisang & ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi & lipat dua daun pisang.
Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separuh masak & balik-balikkan lempeng tu.
Bakar hingga masak.

Lempeng pisang sedap dimakan untuk tea-time bersama keluarga.

No comments: